MENGAPA PERLU VIDEO KAHWIN

Hari Perkahwinan anda adalah Majlis yang melibatkan 
persiapan berbulan-bulan lamanya dengan tujuan agar
majlis itu nanti kelihatan lancar, indah dan ceria.
Majlis yang diadakan sekali dalam seumur hidup anda itu 
haruslah dirakam untuk dikenang dan diimbas di masa hadapan.

Tidak dinafikan, fotografi adalah keperluan utama berbanding video,
tetapi video merakam secara menyeluruh, suara, bunyi dan drama
di majlis yang indah dan manis itu.

Sebenarnya, kedua-duanya sama penting, cuma...
janganlah rakaman video di hari paling penting dalam hidup anda
itu divideokan bersahaja dan tidak kreatif.

Berpegang pada kemahiran dan kreatif daripada mereka yang
mahir dalam seni video dan suntingan, video kahwin anda nanti 
akan memberikan keindahan yang menyeluruh, anda dan hari
istimewa anda.

Bukan setakat itu sahaja, kekuasaan video terletak pada
kebolehan ia membuat sesuatu yang unik secara peribadi.
Setiap video adalah istimewa dengan skrip penggambaran
yang berbeza, pilihan lagu (pilihan anda) dan
cara penyuntingan (kesesuaian mengikut konsep, lagu & visual). Dengan video, anda bukan sahaja dapat menonton kenangan manis tetapi ia adalah 'Video Kenangan' yang menghiburkan yang sebenar-benarnya dimiliki oleh anda.