PERALATAN VIDEOGRAFI
PMLINE & Zaha Digital menggunakan peralatan yang sejajar dengan teknologi untuk memperolehi mutu video profesional. Oleh itu kebebasan berkarya dengan usaha yang kreatif dan artistik dapat dilaksanakan. Kamera Video Profesional 3-CCD adalah antara peralatan yang kami gunakan kerana ia memberikan warna dan mutu imejan yang tinggi mengikut piawaian 'broadcast quality'. Memandangkan video perkahwinan memerlukan banyak pergerakan kamera yang cepat dan rakaman dari sudut kreatif, kami banyak menggunakan kamera profesional 3-CCD bersaiz besar sedikit dari 'consumer handycam'. Walau bagaimanapun mutu dan warna imejan tetap tinggi dan terjamin. Kamera profesional kami juga mampu beroperasi di suasana kekurangan cahaya dan tidak memerlukan 'lighting' yang banyak yang mungkin akan menganggu anda dan majlis anda. Rakaman Audio sewaktu sesi nikah dan temubual, kami menggunakan peralatan audio profesional agar suara yang dirakam jelas. Pada proses suntingan (pasca produksi) pula, kami menggunakan peralatan ke tahap 'broadcast standard'. Dengan ini, kami berkuasa penuh dalam membuat apa jua efek yang estetik mengikut kehendak yang diperlukan.Video yang telah menjalani proses pasca produksi akan di 'convert' ke DVD dan VCD.